Tonton Transformers 2014 dalam Full HD

Tahukan anda menonton sesuai tayangan gambar atau video dalam Full HD adalah jauh lebih seronok dan menghiburkan dari menonton dalam kualiti TV atau DVD biasa? Di akhir rencana ini anda boleh dapatkan DVD untuk tonton Transformers 2014 dalam Full HD di kaca TV atau komputer anda.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa untuk menonton video dalam Full HD anda perlukan pemain BluRay atau TV digital dengan skrin yang besar. Artikel ini menerangkan bagaimana anda boleh menonton sebarang tayangan gambar atau video dalam Full HD berbekalkan hanya pemain DVD dan TV digital atau TV biasa.

Apa Kelebihan Video Full HD?

Cara terbaik untuk menerangkan kelebihan video Full HD adalah dengan membandingkan dua gambar video – satu dari video berkualiti TV biasa dan satu dari video berkualiti Full HD.

[wc_row][wc_column size=”one-half” position=”first”]
[su_frame align=”center”]

Video Resolusi SD TV biasa
Video Resolusi SD TV biasa

[/su_frame]

[/wc_column][wc_column size=”one-half” position=”last”]
[su_frame align=”center”]

Resolusi Full HD
Video Resolusi Full HD

[/su_frame]
[/wc_column][/wc_row]

Dari dua gambar di atas anda dapat lihat dengan jelas perbezaan kualiti video antara video biasa dengan Full HD. Pendek kata video Full HD akan memberikan gambaran kualiti video yang tidak pernah anda nikmati dari sebarang rancangan TV mahupun stesen TV satelit seperti Astro. Ini kerana video Full HD adalah jauh lebih baik dari sebarang video yang mampu dipancarkan oleh stesen TV kerajaan ataupun swasta. Stesen TV seperti Astro Beyond, hanya mampu memancarkan video dalam kualiti HD sahaja. Stesen – stesen TV lain memancarkan video dalam kualiti SD iaitu lebih rendah dari HD.

[su_note note_color=”#e9e9d2″]Untuk mendapatkan penerangan terperinci akan apakah itu SD, HD, Full HD dan UHD, sila baca tutorial percuma kami dengan klik di sini. [/su_note]

Keperluan Menonton Full HD

Untuk menonton sesuatu tayangan gambar atau video dalam Full HD anda memerlukan perkara – perkara berikut:-

  1. TV skrin besar – boleh jadi jenis biasa, LCD, LED atau Plasma
  2. Pemain DVD dengan kebolehan memainkan fail – fail video jenis MP4, AVI dan sebagainya
  3. Tayangan gambar atau video dalam saiz atau resolusi Full HD

Setiap satu keperluan ini dihuraikan dengan lebih terperinci di bawah.

1. Jenis TV Untuk Menonton Video Full HD

Sebarang jenis TV biasa atau digital boleh digunakan untuk menonton tayangan gambar dalam Full HD. Untuk menikmati video Full HD skrin TV hendaklah berukuran 32 inci ke atas. Lebih besar skrin TV lebih tajam paparan gambar Full HD yang dapat anda nikmati.

2. Jenis Pemain DVD Untuk Menonton Video Full HD

Kebanyakan pemain DVD moden boleh digunakan untuk menikmati video Full HD. Yang penting adalah pemain anda mampu memainkan fail video berformat MP4, AVI dan sebagainya. Untuk memastikan perkara ini, sila di bahagian hadapan pemain DVD anda. Jika terdapat catatan MP4, AVI dan sebagainya (seperti yang digambarkan) anda sudah sedia untuk menikmati video Full HD di kaca TV anda.

pemain dvd
Satu contoh pemain DVD dengan kebolehan memainkan fail – fail video dari berbagai format.
tv usb pendrive
Pendrive di TV

Jika TV digital atau pemain DVD anda mempunyai soket USB, anda kemungkinan besar boleh juga memainkan fail video Full HD dari pendrive. Anda hanya perlu menyalin video Full HD anda ke dalam pendrive dan palamkannya ke soket USB TV anda. Kemudian jalankan sistem menu TV digital anda dan pilih fail video Full HD untuk dimainkan.

 

3. Tayangan Gambar atau Video Full HD

Hanya kerana anda ada TV digital yang besar tidak bermakna segala video dan gambar yang muncul di kaca TV anda itu adalah Full HD. Untuk menikmati video Full HD anda perlu ada fail video dalam kualiti atau resolusi Full HD.

Video berkualiti Full HD hanya di dapati dalam cakera jenis Blu-ray sahaja. Cakera jenis Blu-ray ini adalah mahal dan hanya boleh dimainkan menggunakan pemain Blu-ray yang juga adalah mahal.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa video Full HD juga boleh dirakam dan dimainkan tanpa masalah dari cakera DVD biasa. Teknik merakam cakera DVD diajar dengan terperinci dalam Kursus Digital Video dan Audio COMPU Studies.

[su_note note_color=”#e9e9d2″][su_frame]kursus video audio compu studies[/su_frame]
Kursus DVA COMPU Studies mengajar anda bagaimana mencipta CD, VCD dan DVD anda sendiri. Anda juga akan belajar teknik edit video dan audio dan memberi kesan khas (special effects) kepada video anda. Klik di sini untuk info lanjut. [/su_note]

Namun bagi anda yang tidak berminat belajar anda masih boleh menikmati tayangan gambar Full HD. Kami ada menyediakan dua tayangan gambar blockbuster dalam kualiti Full HD untuk anda mainkan di pemain DVD anda. Hanya ambil DVD kami dan masukkan ke dalam pemain DVD anda dan pilih fail yang hendak ditonton. Kemudian santai dan nikmati tayangan gambar dalam kualiti yang menakjubkan bersama seisi keluarga.

Siapa Kami?

Semua kandungan ini dibawakan oleh COMPU Studies

Hakcipta COMPU Studies 2024