Uruskan Fail Telefon Android Anda

Salah satu ciri paling berkuasa telefon Android adalah pengurusan fail. Telefon Android tiba dengan app File Manager yang asas. Namun jika anda benar – benar serius hendak uruskan fail – fail di telefon Android anda seperti seorang professional, anda perlukan satu app yang jauh lebih berkuasa. App pengurusan fail percuma yang paling berkuasa kini adalah ES File Explorer. App ini mampu memaparkan SEMUA fail – fail yang ada dalam telefon Android anda termasuk fail dalam sistem ROM Android dan sebarang kad microSD yang ada dalam telefon anda. ES File Explorer membenarkan anda melakukan semua fungsi pengurusan fail seperti Copy, Move, Rename, Delete dan juga Create Directory atau Folder. ES File Manager bukan sahaja boleh mengguruskan fail – fail yang ada di telefon, iatu juga mampu berkomunikasi dengan sebarang komputer dan telefon lain yang berada di rangkaian WiFi yang sama. Dengan ES File Manager anda mampu menguruskan fail – fail telefon dan komputer anda dengan mudah. Muat turun dari Google PlayStore > https://play.google.com/store/apps/details?id=com.estrongs.android.pop&hl=en

Siapa Kami?

Semua kandungan ini dibawakan oleh COMPU Studies

Hakcipta COMPU Studies 2024