Bagaimana Hindar Ditipu Dengan Produk Online

1. Baca keterangan produk. Pastikan anda faham apa yang anda beli. Sedar bahawa anda tidak boleh pulangkan produk sekiranya ianya tidak sama dengan sangkaan anda.

2. Periksa dari mana produk dikirimkan. Hindarkan beli produk yang dikirim dari luar negara.

3. Periksa sama ada penjual ada memberikan sebarang jaminan. Pastikan anda tahu risiko membeli produk tanpa jaminan.

4. Layari laman web rasmi atau laman sosial penjual. Penjual yang berwibawa akan mempunyai sekurang – kurangnya satu laman – laman tersebut. Penjual dengan website rasmi dengan nama domain-nya sendiri (contoh www.compustudies.com.my) adalah lebih serius dalam menjalankan perniagaan online berbanding penjual yang cuma ada laman sosial atau produk di gedung online sahaja. Baca info tambahan di laman – laman lain penjual – ia sering ada maklumat tambahan yang berguna.

5. Penjual yang berwibawa akan mempunyai cara untuk pelanggan menghubunginya sekiranya mereka ada soalan sebelum membuat belian. Cari sama ada penjual ada nombor telefon bimbit, alamat website rasmi atau laman sosial dan cubalah hubungi mereka mengikut saluran yang mereka sendiri syorkan. Sesetengah penjual hanya respon menerusi saluran tertentu sahaja – ini adalah perkara biasa dan tidak harusnya dijadikan satu penilaian negatif terhadap penjual.

6. Hubungi penjual dan bertanyakan sebarang soalan berkenaan produk dan syarat – syarat pembelian dan jaminan. Penjual yang serius akan menjawab persoalan anda. Penjual yang berpengalaman mungkin ada laman FAQ yang menjawab semua soalan – soalan anda (satu contoh adalah seperti FAQ COMPU Studies). Itu menunjukkan penjual tersebut telah ditanya soalan yang serupa beribu kali dan merupakan seorang penjual dan pembekal yang popular.

7. Periksa jika penjual ada saluran khidmat selepas jualan. Saluran ini penting kerana anda boleh hubungi penjual dengan sebarang pertanyaan selepas menerima produk mereka. Bukan semua penjual memberikan khidmat seperti ini namun mereka yang berpengalaman selalunya ada.

8. Baca review pengguna lain. Banyak masalah berkenaan produk tersebut boleh dikenal pasti. Jika tidak ada review, jangan segan meminta bukti penerimaan bahan dari pelanggan penjual. Sesetengah pembeli gemar meminta nombor pendaftar syarikat. Perkara ini tidak berguna kerana banyak syarikat berdaftar juga menipu penjual.

9. Periksa kos tersembunyi seperti kos pos, kos pemulangan dan lain – lain.

10. Bandingkan produk dari beberapa penjual dan dari penjual dari gedung yang berlainan

Siapa Kami?

Semua kandungan ini dibawakan oleh COMPU Studies

Hakcipta COMPU Studies 2024