Dalam Windows 10, update akan download secara automatik. Tidak ada fungsi untuk mematikan ciri ini seperti yang terdapat dalam versi – versi Windows yang lebih awal. Ciri download update automatik ini memang bagus kerana ianya akan memastikan anda sentiasa menggunakan versi terkini Windows. Namun ciri download update automatik boleh memperlahan sambungan Internet anda kerana fail – fail yang akan download itu sering sangat besar saiznya. Jika anda menggunakan WiFi dengan data plan ciri download update automatik ini boleh menyebabkan anda kehabisan plan data anda dengan cepat. Mujur ada cara untuk mencegah perkara ini dari berlaku. Tekniknya dipanggil “set metered connection” dan melibatkan menetapkan sambungan Internet sedia ada sebagai satu sambungan “metered connection” yakni sambungan Internet terhad dan berbayar. Apabila ini dilakukan, Windows 10 tidak akan download sebarang update secara automatik. Untuk melakukan teknik ini ikuti langkah – langkah seperti di bawah:-
- Pastikan komputer anda bersambungan kepada Internet menggunakan sambungan yang ingin anda tetapkan sebagai “metered connection”
- Dalam Windows 10 klik Start > Settings > Networks & Internet
- Di panel sebelah kiri, klik pada jenis sambungan Internet anda (lazimnya WiFi atau Ethernet).
- Kemudian di panel sebelah kanan scroll ke bawah dan klik Advanced Options
- Di skrin seterusnya di bahagian Metered Connection, click butang Off untuk menjadikannya On.
Itu sahaja langkah – langkah untuk menetapkan sambungan Internet anda sebagai metered connection agar Windows 10 tidak akan download update secara automatik.