Bagaimana Guna Multiple Desktop Windows 10

Salah satu ciri paling popular dalam Windows 10 adalah ciri Multiple Desktop. Ciri Multiple Desktop Windows 10 membenarkan anda mencipta dan menggunakan lebih dari satu Desktop. Ramai pengguna gemar menyimpan hampir semua fail – fail mereka di Desktop komputer. Ini adalah tabiat pengurusan fail yang buruk. Namun jika anda dapati anda tidak ada masa untuk menguruskan fail – fail anda, Multiple Desktop dalam Windows 10 boleh membantu. Dengannya anda boleh ada satu desktop untuk kerja, satu untuk peribadi, satu untuk hiburan dan lain – lain. Lihat sahaja video pilihan kami di bawah dan pelajari cara guna Multiple Desktop Windows 10.

Siapa Kami?

Semua kandungan ini dibawakan oleh COMPU Studies

Hakcipta COMPU Studies 2024