Apa Kelebihan Windows 10?

Setelah berbulan kedengaran dalam khabar angin, Windows 10 kini telah dilancarkan. Artikel ini menerangkan apa kelebihan Windows 10 yang mungkin menjadi daya tarikan pengguna untuk upgrade dari Windows Vista, 7 atau 8 mereka sekarang.

Windows 10 adalah versi terkini Windows keluaran Microsoft yang menggantikan Windows 8. Microsoft memilih untuk melompat satu nombor dalam menamakan versi terkini sistem operasinya bagi menggambarkan ia adalah satu edisi yang jauh kedepan dari edisi sebelumnya.

Windows 10 telah menerima sambutan baik pengguna komputer. Ia dikatakan lebih stabil dan cepat dari Windows 8. Dalam artikel ini kami akan mengajar anda bagaimana hendak download Windows 10 secara percuma. Maklumat untuk mendapatkan Windows ini kami sertakan di bawah.

[su_box title=”Lihat Juga Artikel – Artikel Berguna Ini” box_color=”#201def”]
[su_posts template=”templates/list-loop.php” tax_term=”2″ tax_operator=”0″ order=”desc”]
[/su_box]
[su_divider top=”no” divider_color=”#ffffff” link_color=”#ffffff” size=”0″ margin=”0″]

Download Windows 10 Secara Percuma

Jika anda tidak berminat mempelajari akan kelebihan Windows 10 dan hanya hendak ketahui bagaimana anda boleh dapatkan Windows 10 secara percuma, silalah ke penghujung artikel ini untuk maklumat lengkap berkaitannya.

Kelebihan Windows 10

Dari edisi Windows 10 Technical Preview kami dapati Windows menawarkan beberapa perubahan baru dalam cara pengguna menggunakan komputer dan tablet mereka. Windows 10 berusaha menggabungkan ciri – ciri terbaik Windows 7 dan Windows 8 dalam satu sistem operasi yang boleh diubahsuai mengikut peranti dan keperluan pengguna. Berikut kami senaraikan beberapa kelebihan Windows 10.

#1 Multiple Desktop

multiple desktop dalam windows 10
Multiple Desktop dalam Windows 10

Kelebihan Windows 10 yang paling kami suka adalah ciri Multiple Desktop. Ciri ini bukanlah satu teknologi baru kerana ianya sudahpun didapati dalam sistem Linux dan juga sebagai perisian berasingan bagi Windows. Namun Windows 10 menjadikannya sebahagian dari sistem operasinya sekarang.

Apakah Multiple Desktop. Cara mudah menerangkannya adalah memikirkan ruang desktop komputer sekarang. Kami pasti anda seperti juga jutaan pengguna lain gemar menyimpan pelbagai jenis perisian, ikon, shortcut, fail dan dokumen di desktop anda. Dalam jangkamasa yang tidak lama desktop anda akan sesak penuh dengan puluhan malah ratusan ikon dan fail.

Multiple Desktop membenarkan anda mencipta desktop baru yang kosong untuk ditambahkan lagi dengan puluhan dan ratusan fail, ikon dan shortcut baru. Tidakkah ini hebat? Ya, pasti ramai yang telah menanti – nantikan ciri ini dan sekarang ia sudah ada dalam Windows 10. Terimakasih Windows 10!

[su_divider top=”no” divider_color=”#ffffff” link_color=”#ffffff” size=”0″ margin=”0″]

#2 App Metro Kini Berfungsi Seperti Perisian Biasa

metro app windows 10
Metro App dengan sistem menu biasa.

Satu lagi kelebihan Windows 10 yang kami rasa akan disambut baik oleh semua pengguna adalah app Metro kini berfungsi seperti perisian atau program Windows biasa.

Ini bermakna app Metro boleh dikecilkan (minimize), digerakkan (move) dan ditutup (close) menggunakan tiga butang di penjuru atas kanan skrin app berkenaan.

Tidak lagi app Metro mengambil keseluruhan ruang skrin dan menghalang pandangan anda terhadap perisian atau dokumen lain.

[su_divider top=”no” divider_color=”#ffffff” link_color=”#ffffff” size=”0″ margin=”0″]

#3 Start Menu Yang Baru

start menu windows 10
Start Menu Windows 10

Windows 10 telah mengembalikan Start Menu. Start Menu dalam Windows 10 menggabungkan ikon – ikon program dan perisian tradisional seperti dalam Windows 7 bersama jubin – jubin app Metro Windows seperti dalam Windows 8.

Terdapat juga jubin berbentuk “Live” yang memaparkan kandungan berubah – ubah yang dipetik dari Internet seperti berita, mesej Twitter, Facebook dan lain – lain. Kesemua jubin – jubin di Start Menu boleh diubah suai sesuka hati atau dibuang sama sekali jika anda mahu bagi mendapatkan Start Menu seperti di dalam Windows 7.

[su_divider top=”no” divider_color=”#ffffff” link_color=”#ffffff” size=”0″ margin=”0″]

#4 Start Menu Boleh Bertinggung!

start menu windows 10
Start Menu Windows 10 boleh dilaraskan saiznya

Seolah – oleh mendapat ilham dari penduduk rantau Asia, Start Menu dalam Windows 10 boleh diubah saiz sehingga kelihatan bertinggung di skrin anda. Ini baik bagi mereka dengan skrin monitor leper yang tidak punya ketinggian namun punya ruang lebar yang lebih luas. Kelebihan Windows 10 ini pasti juga menjadi daya tarikan kepada pengguna tablet dan smartphone. Kami rasa ini adalah satu ciri yang sudah sepatutnya lama dimasukkan ke dalam Windows namun gembira ianya akhir sekali diadaptasikan. Kini Start Menu anda lebih fleksibel.

[su_divider top=”no” divider_color=”#ffffff” link_color=”#ffffff” size=”0″ margin=”0″]

#5 Snap Suggestions

snap suggestions windows 19
Snap Suggestions dalam Windows 10

Jika anda adalah seperti kami yang gemar membuka banyak tetingkap serentak semasa bekerja dengan komputer, anda akan gemar ciri Snap Suggestions.

Kelebihan Windows 10 ini adalah ia membenarkan anda melihat lebih dari 2 tetingkap serentak.

Ramai pengguna tahu bahawa anda boleh mengheret tajuk tetingkap ke kiri bagi memenuhkan separuh ruang kiri skrin. Dengan cara yang sama juga anda boleh heret tajuk tetingkap ke kanan untu memenuhkan separuh kanan skrin. Dengan cara ini anda boleh lihat dua dokumen atau perisian sebelah menyebelah di skrin anda. Windows 10 membawa ciri ini satu langkah ke depan dengan membenarkan anda membuka 3 atau 4 tetingkap sebelah menyebelah. Ciri inilah dipanggil Snap Suggestions.

[su_divider top=”no” divider_color=”#ffffff” link_color=”#ffffff” size=”0″ margin=”0″]

Download Windows 10 Percuma!

Jika anda tertarik dengan kelebihan Windows 10 seperti yang dihuraikan di atas, anda mungkin ingin upgrade sistem operasi ini sendiri. Khabar baiknya ialah sekarang anda boleh mendapatkan Windows 10 secara percuma.

Untuk upgrade ke Windows 10, anda sudah tentu perlu pengalaman menformat dan memasang Windows. Jika anda kurang pasti atau tidak perlu melakukannya, Kursus Format dan Pasang Windows COMPU Studies akan dapat membantu anda. Kursus ini tiba dengan cakera DVD lengkap yang membolehkan anda format seberapa banyak komputer tanpa had. Klik di sini untuk info lanjut berkenaan kursus.

Jika anda berminat untuk upgrade ke Windows 10, maklumat lengkap yang anda perlukan boleh diperolehi dengan mengisi borang ringkas di bawah. Maklumat ini adalah percuma sahaja dan tidak dikenakan sebarang bayaran atau syarat.

[su_box title=”Hantar Saya Teknik Download Windows 10 Percuma!” box_color=”#201def”][wysija_form id=”1″][/su_box]

[su_note note_color=”#e9e9d2″]Sebentar! Sebelum beredar, sudi – sudikan kongsi artikel ini dengan rakan – rakan anda di media sosial. Percuma aje! Klik butang media social anda di bawah.[/su_note]

Siapa Kami?

Semua kandungan ini dibawakan oleh COMPU Studies

Hakcipta COMPU Studies 2024